Pagi tadi dlm perjalan ke opis duk dgr perbincangan di radio Hot fm pasal isu kajian yg dibuat oleh sebuah organisasi mengatakan bahawa wanita sekarang lebih cenderung utk mencari lelaki yg berpendapatan tinggi @ berduit. Mcm2 pendapat mcm2 kesimpulan. Aku tertarik dgn 3 pemanggil 2 lelaki dan sorang pompuan.
Yg lelaki 1st ni ckp, its unfair utk menjadikan lelaki sebagai mangsa keadaan. Ermm...pada aku dunia sekarang memang unfair, semua org pun jadi mangsa keadaan baik lelaki atau perempuan. Dan yg penting semua org cuba mencari yg terbaik utk diri masing2. So aku xsetuju dgn lelaki ni. 2nd guy pulak ckp memang patut pun perempuan cari lelaki kaya, supaya jadi cabaran pada lelaki muda sekarg utk mengukuhkan diri masing2. Sbb katanye dh jadi trend lelaki muda zaman sekarg semuanya pemalas. Yg ni ade betul nyer..sape setuju...raise your hand.
Yg perempuan lak citer pasal pengalaman dia yg kawin dgn lelaki pendapatan rendah dari dia. Dh 6 thn dia kawin dan dia ckp memang susah sgt kawin dgn lelaki bergaji rendah...sekarg ni semua expenses dia yg tanggung. Seolah2 dia suami dan laki dia isteri. Katanyer yg masalahnyer kalau betul nk jadi isteri xpulak makan minum pakai dia dan anak2 dijaga. Alih2 semuanyer berbalik pada dia, seolah2 dia sorang je berfungsi dlm rumahtangga...haaaiiihhh....APTB. So jadi ler gini...
And for me kite semua kena muhasabah diri dan balik pada landasan yg betul..kite semua dh tersasar disebabkan tuntutan kehidupan terutamanya duit. Ajaran islam tu dh jelas fungsi suami isteri dan anak2 dlm sebuah rumahtangga. Perempuan sepatutnya dirumah menjaga mkn minum dan anak2, lelaki yg perlu keluar mencari sumber pendapatan utk menyara keluarga. Tapi disebabkan semua dh berubah, maju, lelaki dan perempuan nk duduk sama tinggi dan sama rendah...maka ini larr yg terjadi. Xsalah kite nk bergerak maju kehadapan tapi bergerak sekali dgn agama kite. Insyallah kite akan bahagia dunia dan akhirat.
Renung2kan dan selamat beramal. Sama2 kite membetulkan diri dan saling ingat-mengingati.



No comments:
Post a Comment